My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us
Card image cap

KURSUS PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN DAN KECEMERLANGAN ORGANISASI (TEAM BUILDING- 3 HARI 2 MALAM)

Treng Technology and Consultancy

Professional


Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Kecemerlangan Organisasi adalah sebuah program yang banyak memberi penekanan kepada latihan aktiviti dalaman yang dirangka bagi tujuan untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman dan perlaksanaan peserta dalam sebuah organisasi untuk menuju ke arah bekerjasama, kecemerlangan serta berintegriti.

Selain daripada konsep bekerjasama, kecemerlangan dan integriti, modul ini juga turut memberi penekanan tentang aspek membina persefahaman, memfokus dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi secara lebih efektif dan inovatif agar peserta menjadi lebih cemerlang. Selain itu juga, modul ini turut memberi pendedahan dalam bentuk latihan luar.

Cadangan modul ini mengambil pendekatan memperkasakan professionalisma kakitangan kepada falsafah dan ajaran agama dengan pendekatan bersepadu dan praktikal kepada kehendak motivasi, kemahiran, komunikasi, keintelektualan, kecekapan malah pengurusan secara keseluruhannya. Ia berguna kepada kendiri dan pengurusan sumber manusia. Ia juga sebagai satu ‘review’ dan ‘self-evaluation’ ke atas prestasi yang sedia ada.

  • Terbuka. Kakitangan Pengurusan Professional & Kakitangan Sokongan

1. Ice Breaking

  • Membantu peserta dalam melurus dan memperbetulkan keadaan diri samada dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku
  • Salam perkenalan antara peserta dan fasilitator

 

2. Pembangunan potensi diri

  • Memberi penekanan dalam mengenalpasti kekuatan untuk membuat pilihan yang tepat dan betul bagi melakukan transformasi diri.
  • Membongkar potensi diri yang perlu dibangunkan bagi memperhebat dan memperkasakan diri.

 

3. Transformasi Kecemerlangan diri dan organisasi

  • Transformasi melalui kecemerlangan sistem organisasi.
  • Transformasi melalui kecemerlangan warga kerja.
  • Transformasi melalui kecemerlangan kepimpinan

 

4. Hubungan kemanusiaan, komunikasi dan sinergi

  • Menjelaskan tentang bentuk perhubungan dan komunikasi yang perlu ada dalam kontek hubungan pekerja dengan organisasi yang disertai oleh mereka.
  • Memberi pendedahan tentang beberapa bentuk kemahiran dalam membentuk perhubungan.

 

5. Budaya kerja cemerlang

  • Memberi pengertian dan konsep pekerja cemerlang dalam menjana kehebatan diri.
  • Membincangkan konsep prestasi,komponen utama dalam penilaian prestasi dan juga kaedah untuk membuat penilaian terhadap prestasi yang menjadi tunggak kepada kecemerlangan kerja.

 

6. Peningkatan moral dan semangat kerjasama

  • Menyatakan kepentingan moral dan semangat kerjasama serta rasionalnya dalam sektor perkhidmatan
  • Mengenal pasti perkara-perkara asas yang berkaitan dengan moral dan semangat kerjasama, iaitu teras perkhidmatan, nilai utama, sikap, amalan dan budaya
  • Menghuraikan usaha-usaha ke arah penerapan moral dan semangat kerjasama untuk meninggikan mutu perkhidmatan

 

 

7. Rekreasi Minda & Eksplorasi Alam

  • Para peserta di bawa menikmati keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar

 

8. Kepimpinan dan coaching

  • Membincangkan tentang ciri dan strategi membina pasukan yang efektif melalui pendekatan kepimpinan dan coaching
  • 5 aspek penting dalam perancangan yang perlu ada kepada kepimpinan dan coaching ; S (Specific) , M (Measurable), A (Achievable), R (Realistic), T (Time Bound)

 

9. Pengukuhan nilai-nilai murni dan integriti

  • Hubungan prinsip,etika,nilai dan pegangan terhadap kerja dan pengurusan
  • Kualiti kecemerlangan yang dijelmakan dalam bentuk yang holistik dan integral dalam individu dan organisasi.

 

 

Course Schedule

Date Start Date End Time Start Time End