Card image cap

Kesenian EZHAR

No. 18, Jalan Sd 2/11,Taman Seri Duyong Seksyen 2,75460,Melaka,Melaka
http://eds2melaka.blogspot.com/
012-2005199
eds2melaka@gmail.com

SEJARAH KESENIAN EZHAR

Kompang EZHAR Taman Seri Duyong Seksyen 2, Melaka.

Kesenian EZHAR pada asalnya adalah daripada kesenian silat yang berasal daripada Pulau Bentan, Sumatera Indonesia.

Dari Bentan kesenian ini telah dibawa ke Singapura oleh Pakguru Kang Munaji.

Di Singapura kesenian ini telah dipelajari oleh Pakguru Kang Jasman (gelaran tertinggi dalam persilatan HAKIKI).

Pakguru Kang Jasman kemudian telah menyumbang usaha untuk mengembangkan kesenian silat di Singapura. Antara murid-muridnya ialah Muhammad bin Khalil dan Ramli bin Haji Dawam.

Setelah tamat mempelajari kesenian silat, anak-anak murid Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu kesenian kompang.

Setelah direstui oleh Pakguru Kang Jasman maka kesenian EZHAR di tubuhkan.

Rentak pukulan yang terdapat dalam kompang EZHAR adalah terdiri daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada masa itu.

Sebahagian besar daripada zikir-zikir adalah dipetik daripada sebuah kitab lama yang bernama "DIWANUL HADRAH".

Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan ES'SA' iaitu singkatan bagi perkataan SETIA HATI & SUCI HATI (S.H.) di sebut dalam bahasa Indonesia. Hanya apabila sampai di Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan EZHAR.

Dari Singapura kesenian EZHAR ini telah dibawa ke MELAKA oleh Pakguru Tuan Haji Ramli bin Haji Dawam di suatu tempat bernama Kg. Sg Duyong / Kg. Jambatan Duyong / Kg. Duyong.

Dari Melaka Pakguru telah mengembangkan kesenian ini ke Kuala Lumpur iaitu Kg. Cendana. Bermula daripada ini, maka berkembanglah kesenian kompang EZHAR ke seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us