Card image cap

Wasi Global Solutions Sdn Bhd

B-17, 01,Jalan Atmosphere 4,43400,Seri Kembangan,Selangor
https://www.wasiglobal.my
1-800-28-1135
info@wasiglobal.com.my

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Wasi Global Solutions Sdn Bhd (WGS) ditubuhkan pada 21hb Ogos 2019, merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang terdiri dari pihak pengurusan yang berlatarbelakangkan pengalaman luas dalam bidang kewangan, sistem perkomputeran dan pengurusan manusia.

Matlamat utama penubuhan WGS adalah untuk menyediakan solusi sehenti yang memberikan peserta ketenangan fikiran dan hati yang lapang apabila mereka memerlukannya, tanpa perlu risau tentang harta, hutang dan harapan mereka.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami melayani pelanggan kami dengan memberikan solusi untuk mendapatkan program keahlian, pelaburan serta pengurusan harta yang paling komprehensif pada harga yang kompetitif. Pengetahuan dan pengalaman industri kewangan yang mendalam membolehkan kami menyediakan pelan penyelesaian yang strategik dan inovatif.

Hubungan kami dengan pelanggan adalah berdasarkan kepercayaan, tanggungjawab dan akauntabiliti. Pasukan berintegriti kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman dalam industri kewangan dan perkomputeran memberikan nilai tertinggi dalam perkhidmatan demi meningkatkan kepuasan pelanggan.

 

VISI

Menjadi syarikat terunggul dalam memartabatkan solusi kemaslahatan umum yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia melalui pendekatan multimodal.

MISI

Menyediakan solusi sehenti yang mudah, jitu dan berkesan untuk diterima pakai oleh semua bagi merancang, membina dan mewariskan legasi ekonomi demi melestarikan kualiti keharmonian keluarga dan masyarakatmenggunakan ekosistem terkini.

 

PERKHIDMATAN

  1. Wasi Pusaka
  2. Wasi Kifayah
  3. Wasi Global Assist

 

PASUKAN KAMI

Lembaga Pengarah Dan Carta Organisasi

Lembaga Pengarah

    • Dato’ Hasnudin Bin Hj Hamzah (DIMP, DMPN, AAP). (Pengerusi)
    • Saadiah Binti Zainon (Pengarah Urusan)

Penasihat Korporat

  • Dato’ Abd. Rahman Bin Manan (DIMP, KMN, PPN).
  • YBhg. Dato’IR Prof. Rohaizi Bin Mohd Jusoh
  • Rafie Bin Omar (LL.B, M.B.A)
  • Rozaida Binti Idris

Pengurusan Kanan

    • Mohd Nashrul Azrin Bin Isa. (Ketua Pegawai Eksekutif )

 

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us