Card image cap

Sayang Bridal House

No 1231 Jalan Perak,Permatang Bertam,13200,Kepala Batas,Pulau Pinang
https://sayangbridalhouse.weebly.com/
016-422 4610
sayangbridalhouse@gmail.com

SAYANG Bridal House menyediakan pakej perkahwinan kepada bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin tampil anggun dan bergaya dihari yang bersejarah. Memandangkan kos kehidupan semakin meningkat, maka kos melaksanakan majlis perkahwinan pun semakin meningkat dan melambung tinggi. Oleh itu kami akan membantu anda dalam merialisasikan hari yang bersejarah anda. Kami menyediakan pakej bertunang, pakej perkahwinan, pakej fotografi daripada pakej Ekonomi hingga pakej Eksklusif. Dengan pengalaman yang kami ada dalam bidang ini, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian pasangan yang menggunakan perkhidmatan kami.

Koleksi Pakaian Pengantin

SAYANG Bridal House menyediakan koleksi pakaian pengantin yang terkini, iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakain pengantin adalah terdiri daripada Songket, Sifon, Lace, French Lace, Gown, Coat dan lain-lain. Pengantin juga boleh memilih rekaan sendiri dan butik kami akan menyediakan pakaian pengantin mengikut design yang diingini.

Koleksi Pelamin

Kami menyediakan pelamin berkonsepkan moden dan simple. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin mini, pelamin rumah dan pelamin dewan, samada pelamin Simple atau Esklusif. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, menggunakan artificial (low quality) flower, artificial (high quality) flower dan juga fresh flower.

Khidmat Nasihat 

SAYANG Bridal House akan memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami. Kami akan mencadangkan pemilihan/hiasan pelamin, baju pengantin mengikut tema dan warna yang dikehendaki. Kami juga akan memberi khidmat nasihat meliputi perjalanan majlis dan lain-lain keperluan.

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us