PAKAR SAKIT PUAN DAN PERBIDANAN - OBSTETRICS & GYNECOLOGY

Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dikendalikan oleh Doktor Pakar Wanita. Perkhidmatan ini disediakan untuk Pesakit Dalam, Klinik Pakar dan Kecemasan.

Bidang Perbidanan (Obstetrik) memberi tumpuan khusus kepada kesihatan wanita hamil supaya mereka memahami erti kandungan sihat, cara penjagaan dan mengenali permasalahan yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Amat penting untuk ibu-ibu dan bakal ibu diberi pengetahuan khusus berkaitan hal ini untuk melalui tempoh kehamilan yang selamat, sekaligus melahirkan bayi yang sihat, Insyaallah.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada Bidang Sakit Puan (Ginekologi) yang menjurus kepada kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehinggalah selepas menopaus. Bidang ini merangkumi sistem fungsi organ reproduktif untuk membolehkan mereka mencapai potensi maksima dalam aspek kesihatan fizikal, mental, sosial dan seksual.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
• Klinik Antenatal dan Postnatal
• Bersalin (Normal dan Pembedahan)
• Rawatan kesuburan
• Ring Pessary
• Perancangan keluarga
• Ujian Pap smear
• Klinik Menopaus
• Detail Scan bersama Pakar Sonografi

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us