PERKHIDMATAN KESELAMATAN

ASAS SECURITY SERVICES SDN. BHD. menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut kepada badan-badan korporat, organisasi-organisasi, syarikat-syarikat dan orang perseorangan:-

Static Guard
Pengawal-pengawal keselamatan yang terlatih dan berdisiplin akan ditempatkan di tempat-tempat yang ditetapkan untuk menjaga keselamatan harta benda pelanggan kami. Untuk memenuhi keutamaan awal tugasan keselamatan, satu tinjauan keselamatan yang menyeluruh akan dilaksanakan dan satu pengesyoran akan dibuat dan dihantar kepada pelanggan untuk dinilai.

Tinjauan Keselamatan
Tinjauan-tinjauan keselamatan dilaksanakan melalui lawatan tapak dan penyiasatan di mana laporan akan disediakan dan diserahkan kepada para pelanggan dimana laporan itu mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan premis pelanggan dari diceroboh perompak atau penceroboh. Bagi kes kecurian dan kebakaran, pengesyoran keselamatan akan termasuk peralatan keselamatan, pengawal keselamatan dan aturan kedudukan pengawal yang diperlukan untuk menjaga keselamatan premis pelanggan berdasarkan peruntukan kewangan pelanggan.

Penyiasatan Peribadi
Penyiasatan komersial – perkhidmatan yang lengkap dalam erti kata penyiasatan dalam copyright, patern infringement, penyiasatan latar belakang kakitangan dan sebagainya.

Perkhidmatan Rondaan
Pegawai-pegawai ronda kami akan hadir ke premis pelanggan secara tetap dan berkala untuk memastikan yang segala-galanya teratur dan tiada masalah. Dan akan membuat “spot-check” secara mengejut sekali sekala untuk memastikan tiada pengawal yang bermasalah.

Perkhidmatan Nasihat
Kami menyediakan panel pakar-pakar keselamatan untuk menilai tahap keperluan keselamatan para pelanggan kami. Penilaian merangkumi faktor-faktor seperti keadaan ekonomi semasa, lokasi geografi, infrastruktur dan pengajian keperluan keselamatan secara komprehensif. Pengajian ini termasuk analisis risiko keselamatan dan potensi ancaman pencerobohan dan bencana. Sistem keselamatan yang sesuai akan diimplimentasikan  selepas selesai menilai dan ini mampu mengurangkan dan mengelakkan kerugian besar kepada para pelanggan.

Sistem Keselamatan dan Peralatan
Syarikat kami dilengkapi sepenuhnya dengan alatan yang diimport dan terkini, seperti CCTV, sistem “check-in”, sistem pengesan api, sistem kad keselamatan dan pengawal keselamatan.

Pengawal Peribadi
Pengawal peribadi berpakaian biasa dan bersenjata daripada sekumpulan pengawal keselamatan disediakan untuk memberi perlindungan secara “close contact” kepada orang-orang penting terhadap ancaman penculikan atau serangan fizikal.

Sistem Pengawasan Pusat
Central Monitoring System (CMS) mempunyai keupayaan untuk mengawasi sistem penggera pelanggan untuk mengesan sebarang krisis penggera (cth: Fire-Break-In & dll). Individu terlatih akan mengawal CMS dan akan serta merta bertindak kepada krisis itu dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us