SETIAUSAHA SYARIKAT

Ramai usahawan yang masih keliru dalam memilih jenis entiti perniagaan.

Pemilikan Tunggal, Perkongsian Liabiliti Terhad atau Sdn Bhd — Mana satu yang terbaik? Apakah perbezaannya? Bagaimana cara mendaftar? Apakah syarat-syarat yang dikenakan? Dan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk mendaftar? Jika anda merancang untuk daftarkan perniagaan, memang penting untuk anda pilih entiti yang bersesuaian. Jika tersalah daftar, pelbagai masalah akan timbul nanti dan anda akan perlu habiskan lebih banyak masa dan wang untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

Kebanyakan setiausaha syarikat selalu lambat bila berurusan dan sukar untuk berkomunikasi.

Urusan pensyarikatan sememangnya memakan masa dan tenaga. Setiausaha syarikat memainkan peranan yang besar dalam menasihati strategi pemilihan entiti perniagaan, sistem pemfailan dan pengurusan pendaftaran. Tanpa penglibatan setiausaha syarikat yang efisien, pasti timbul banyak salah faham dan kesilapan. Seringkali dokumen yang dihantar untuk pendaftaran syarikat tidak lengkap, lalu terpaksa berulang alik ke SSM dan berhubung dengan pelbagai pihak.

Realisasikan impian pensyarikatan anda hari ini.

Anda perlukan setiausaha syarikat yang cekap dan efisien. Di HEX Corporate, kami berpengalaman dalam membantu mendaftar, menubuhkan serta menguruskan pelbagai industri syarikat di Malaysia. Kami pastikan segala urusan pensyarikatan anda dari mula penubuhan dan pendaftaran, hinggalah ke pengurusan wang berjalan dengan kemas dan teratur, selari dengan peraturan dan akta yang ditetapkan.

Melalui servis setiausaha syarikat yang kami tawarkan, ini antara perkara yang kami lakukan untuk anda:

  1. Melengkapkan proses daftar syarikat
  2. Membantu dalam kerja pertukaran setiausaha syarikat
  3. Penutupan / Pembatalan syarikat
  4. Servis-servis lain berkaitan SSM merujuk setiausaha syarikat
  5. Menyediakan perkhidmatan ambil dan hantar dokumen pelanggan (‘in house runner’)
  6. Program sistem pemfailan yang sistematik kepada setiap pelanggan.
  7. Servis korporat yang lain

DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us