PENASIHAT KEWANGAN

Adakah anda sedang merangka strategi pelaburan & kewangan untuk syarikat anda?

Menyusun atur strategi pelaburan & kewangan tidak seharusnya membebankan. Ramai usahawan gagal mengenalpasti masalah sebenar kewangan mereka. Jadi, mereka menganggap mengorbankan sesuatu daripada syarikat sendiri merupakan solusi terbaik. Itu adalah salah! Jika anda sentiasa mengganggu kestabilan kewangan syarikat, anda rasa perniagaan tersebut berpotensi untuk berkembang? Perlu pertimbangkan aliran tunai, aset & liabiti, laporan skor kredit dan lain-lain.

Semakin berkembang syarikat anda, semakin besar cabaran yang anda bakal hadapi.

Adakah anda pasti setiap pelaburan akan melipatgandakan keuntungan dengan serta merta? Semakin besar perniagaan anda, semakin banyak risiko yang anda perlu pertimbangkan. Risiko lebih besar bagi pelaburan yang melibatkan nilai pasaran yang tidak menentu. Adakah membuat pinjaman merupakan langkah progresif untuk masa depan syarikat? Adakah hutang tersebut berpotensi untuk jana keuntungan yang lebih tinggi untuk para pemegang saham?

Anda perlukan perancangan yang strategik & berkesan.

Lengkap, efektif dan teratur—itulah nilai teras HEX Corporate. Kami bantu anda merangka pelan pelindungan risiko, portfolio pelaburan, pelan legasi dan sebagainya agar anda rasa lebih yakin, tenang dan selesa. Realisasikan matlamat kewangan anda melalui perancangan kewangan yang profesional dan khusus. Dirangka oleh pakar penasihat kewangan berpengalaman dengan syarikat dari pelbagai industri.

Melalui servis penasihat kewangan yang kami tawarkan, ini antara perkara yang kami lakukan untuk anda:

  1. Membantu dalam proses penggabungan dan pengambil alihan
  2. Penilaian projek kewangan syarikat
  3. Pengiraan dan penyerahan cukai syarikat
  4. Memberi bimbingan dan nasihat menguruskan belanjawan
  5. Nasihat perancangan dan penilaian pelaburan
  6. Strategi berkesan & komprehensif untuk melindungi kewangan syarikat
  7. Servis korporat yang lain

DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us