CUKAI PERNIAGAAN

Adakah anda yakin dengan pengiraan cukai perniagaan anda?

Menguruskan cukai perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, proses menjadi lebih rumit apabila pengiraan penyata perniagaan anda tidak tepat atau tidak seimbang. Ramai pemilik perniagaan yang telah dikenakan tindakan dan tidak kurang juga mereka yang masih keliru tentang pengiraan cukai. Akibatnya, setiap tahun pasti berlaku kesilapan isytihar cukai dan kesalahan semasa menghantar fail ke LHDN.

Jika LHDN ingin audit perniagaan anda sekarang, adakah anda sudah bersedia?

Apabila disebut mengenai audit, ramai pemilik perniagaan merasa gugup, takut dan mula kelam kabut memikirkan tentang persiapan yang harus dilakukan. Apa maklumat yang diperlukan dalam fail cukai? Bagaimana untuk menyimpan dokumen? Adakah resit yang dikumpul sudah mencukupi? Apa perlu buat jika dokumen bukti hilang? Banyak kerisauan yang timbul terutamanya bagi pemilik perniagaan yang semua benda pun dia buat sendiri.Anda perlukan strategi percukaian yang tepat serta ejen cukai yang berpengalaman untuk berurusan dengan pihak LHDN.

Anda perlukan strategi percukaian yang tepat serta ejen cukai yang berpengalaman untuk berurusan dengan pihak LHDN.

Kami faham kerisauan anda. Ramai pemilik perniagaan yang sememangnya tidak punya masa untuk menguruskan cukai apatah lagi audit dari LHDN. Sebagai ejen cukai yang berpengalaman, HEX Corporate Strategies Sdn Bhd mempunyai kepakaran dalam pengiraan cukai, menyusun atur dan mencantikkan dokumen cukai anda. Dari pembentangan sebelum pengakuan cukai hingga ke penyediaan fail cukai, kami sentiasa bersedia untuk menguruskan cukai perniagaan anda sepenuhnya. Tiada lagi kerisauan, tiada lagi keraguan.

Melalui servis percukaian yang kami tawarkan, ini antara perkara yang kami lakukan untuk anda:

  1. Pendaftaran fail LHDN & SST
  2. Pengiraan dan penghantaran borang cukai ke LHDN
  3. Penyelesai audit LHDN
  4. Khidmat nasihat cukai
  5. Pembentangan oleh penasihat cukai sebelum penghantaran ke LHDN.
  6. Program pemfailan cukai yang komprehensif.
  7. Tanggungjawab secara penuh terhadap borang cukai yang dihantar ke LHDN.

DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA

 

 

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us