PENGURUSAN AKAUN

Anda buntu dengan penyediaan akaun syarikat? Sering hadapi masalah di tengah jalan?

Jangan malu untuk mengaku anda ada masalah akaun syarikat. Anda bukan keseorangan! Malah, banyak perniagaan yang mengabaikannya, gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama disebabkan hal ini. Ramai yang ambil jalan pintas untuk tidak pedulikannya. Apabila berlaku kerugian, sudah terlambat untuk cari sumber masalah. Simpanan rekod tiada, resit transaksi hilang, segala bukti pun tiada. 

Bukan penyata akaun saja yang bermasalah, mungkin syarikat anda sebenarnya ada isu dengan strategi kewangan.

Perniagaan untung, jualan pun banyak, tetapi anda pelik mengapa setiap bulan tiada tunai di tangan? Bil-bil yang tertunggak juga bertimbun-timbun! Anda pernah dengar istilah ‘curi duit syarikat secara tidak sengaja? Akaun bank sahaja tidak cukup untuk menguruskan kewangan dengan baik. Tidak kira syarikat bersaiz sederhana atau besar, setiap strategi kewangan perlu dilakukan dengan teliti. Perlu kira segala kos belian, kos jualan, petty cash dan sebagainya. 

Anda perlukan solusi yang menyeluruh untuk elakkan krisis syarikat.

Kami mahu bantu usahawan seperti anda rasa lebih yakin, tenang dan selesa. Tidak perlu risau tentang urusan akaun, biar kami fikirkan! Anda fokus buat jualan dan tingkatkan pendapatan syarikat sahaja. Lengkap, cepat dan teratur—itulah janji HEX Corporate. Bermula dari penyediaan dokumen sehingga penutupan akaun, kami sentiasa bersedia untuk memberikan servis profesional dan berkemahiran tinggi. 

Melalui servis akaun yang kami tawarkan, ini antara perkara yang kami lakukan untuk anda:

  1. Penyediaan akaun tahunan sebelum dihantar ke SSM/LHDN.
  2. Penyediaan akaun tahunan atau berkala bagi tujuan percukaian atau kewangan syarikat.
  3. Perakaunan bulanan untuk tujuan perancangan perniagaan dan bajet syarikat.
  4. Penyediaan akaun bulanan bagi tujuan perancangan strategi syarikat.
  5. Khidmat nasihat dan latihan akaun.
  6. Latihan asas perakaunan dan susun atur pencatatan urus niaga dan dokumen kewangan.
  7. Dan banyak lagi…DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA

 

 

cartsini
My Account

Login/Register to discover new experience!

Login/Register
Notification

No notification found.

More

Join Us Invite Friends Privacy & Policy Terms & Services
FAQ/Help Feedback Contact Us