Durian Diraja Asfa50 adalah kombinasi baka durian yang tahan lasak yang dikahwinkan melalui proses Bud Grafting dengan 4 baka durian premium & terbaik buat masa kini seperti Tembaga,Musang King, Duri Hitam & Udang Merah. Proses penyatuan melalui Bud Grafting ini menjadikan Durian Diraja Asfa50 mudah ditanam oleh siapa sahaja walaupun tanpa ilmu pertanian yang tinggi. Ianya mudah dan tidak cerewet. Sebelum baka ini dikeluarkan untuk pasaran ianya telah melalui 7 tahun proses R&D sehingga mencapai beberapa karaktor unik seperti:- - Maksima ketinggian pokok dijangka sekitar 10 - 12 kaki sahaja - Mula berbuah seawal berumur 3 tahun berbanding yg lain 4 hingga 9 tahun - Mampu berbuah 2 kali setahun - Akar tunjang dijangka tidak akan merosak kan stuktur binaan sekira nya didalam kawasan perumahan terhaf. - boleh ditanam dalam pasu besar sekiranya tiada kawasan untuk ditanam - bagi penanaman komersil, ianya hanya memerlukan jarak 15 - 20 kaki sahaja diantara 1 pokok ke 1 pokok yang lain berbanding 40 kaki kebiasaannya - jangka hayat pokok sekitar 30 hingga 40 tahun - memiliki 80% kandungan gas lebih rendah berbanding kebiasaan durian lain menjadikan durian ini kurang berbau dan dijangka tidak menjadi halangan jika dibawa masuk kedalam hotel maupun kapal terbang satu masa nanti Untuk penanaman komersil, sebanyak 191 batang pokok boleh ditanam di tanah berkeluasan 1 ekar dengan kadar 15 kaki diantara pokok Rasa buah nya lemak kelemakan, manis yang tidak melampau dan bercampur sedikit rasa pahit yang memang sesuai dengan cita rasa pencinta durian. Warna tidak terlalu kuning dan tidak berbau kuat seperti durian yang lain. Isi nya tebal dan mudah dimakan manakala bijinya kecil sahaja. Kulit buah durian ini nipis menjadi kan ruang nya dipenuhi isi sepenuhnya. Buah Durian Diraja Asfa50 sudah pun di isytihar kan sebagai buah Diraja kedua selepas Mempelam Harumanis