Nenas Yankee pokok tahan lasak dgn penyakit,Buah besar&manis byk sulur Dan mudah untuk ditanam&Boleh ditanam didalam pasu.. Nanas ini mempunyai warna kulit masih hijau apabila masak dengan terdapat tanda warna tompok kuning pada beberapa mata nanas. Kulitnya juga nipis menjadikan buah ini tidak tahan lama untuk dihantar kelokasi yang jauh. Ia juga mempunyai kulit nipis dan lembut dan mudah berair jika ditindih semasa proses pengangkutan. Bahagian isi Nanas Yankee mempunyai isi yang berwarna putih dengan sedikit kekuningan dan ada tompok kecil warna putih (Sila lihat foto disebelah dan diatas). Isi buah yang masak sangat berair (very juicy) dan sepotong nanas akan menitiskan airnya yang manis. Dari apa yang dilihat nanas ini mempunyai tekstur fiber yang halus dan lembut. Kemanisan bagi buah nanas yankee yang masak diantara 12 - 16 darjah Brixs dan bahagian atas buah masih sesuai dimakan segar. Buah nanas yankee ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga dijadikan produk lain seperti Jus Nanas, Paceri Nanas, Pes Nanas, Kordial dan sebagainya. Lazimnya semasa kenduri kahwin masyarakat tempatan di Daerah Banting menggunakan nanas ini sebagai pilihan untuk dijadikan juadah. Nanas ini dijual dengan harga ladang sekitar RM2.50 sekilogram bagi gred A dan mampu untuk mencecah RM3.50 sekilogram bagi gred AA.Penjualan pd harga runcit rm5/kg, Setakat ini belum ada masaalah mengenai harga untuk nanas Yankee kerana permintaan terhadap nanas ini terus tinggi di Lembah Kelang Apa yang istimewa adalah bahagian empulur (batang tengah) buah nanas Yankee yang lembut dan berjus. Penulisan saya mendapati empulur nanas adalah bahagian p[enting dalam buah nanas yang mengandungi komponen Bromelin yang tinggi. Penulis terus gigit dan kunyah bahagian empulur ini dengan rasa manis dan lembut tidak seperti nanas varieti lain. BROMELIN adalah satu jenis enzim proteolitik yang selau didapati daripada bahagian tengan (empulur) buah nenas (Ananas comosus). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sahaja sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya.