SINOPSIS
Mana Bulan Mana Bintang adalah merupakan antologi cerpen karya Azaika SR yang menghimpunkan sebanyak 10 buah cerpen bertemakan ketuhanan, kemanusiaan, kedamaian, semangat cintakan tanah air, hidup bermuafakat dan rasa suka duka kehidupan yang dilalui oleh kita sebagai manusia di dunia ini.
Antologi ini bukan juga sarat dengan falsafah dan pemikiran malahan membentuk ke arah nilai-nilai murni untuk dijadikan sebagai panduan yang amat berguna kepada kita semua selagi masih lagi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas dan menghirup udara yang segar. Semoga banyak pengajaran dan teladan yang akan kita perolehi apabila membaca antologi cerpen ini di samping menghiburkan serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan.